About Administrator

Senin, 07 November 2011

Seni budaya


Rencana utama: Budaya di Indonesia
Gadis Palembang berkain songket.
Indonesia terdiri daripada beratus-ratus suku kaum, dengan agama dan kepercayaan yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk Batak, Karo, Minangkabau dan Melayu. Islam merupakan agama rasmi dan utama di Indonesia. Agama-agama yang lain termasuk Kristian, Hindu dan Buddha juga diakui.
Dari segi pakaian, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah batik. Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasuk Yogyakarta, Solo, dan Pekalongan. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:
Seni pantun, gurindam, dan sebagainya kerap kali dipersembahkan dalam acara-acara seperti majlis kenduri perkahwinan, dan panggung seni. Silat adalah seni bela diri yang kekadang ditampilkan dalam acara-acara pertunjukkan dan biasanya diiringi oleh muzik tradisional gamelan dan lain-lain, sesuai dengan daerah asalnya.
Para pemain muzik Melayu di Indonesia
Kesenian Indonesia banyak dipengaruhi oleh beberapa budaya. Terdapat beberapa candi Hindu dan Buddha dari abad-abad yang telah lampau di Jawa. Tarian Jawa dan Bali yang terkenal, misalnya, mengandungi aspek-aspek kebudayaan dan mitos Hindu. Seni tarian yang tidak mengandungi nilai-nilai Islam umpamanya seperti Reog Ponorogo (Jawa Timur) dan Tari Kecak (Bali). Sedangkan seni tarian yang mengandungi nilai-nilai Islam, antaranya Tarian Saman di daerah Sumatera dan Tarian Seudati di Nanggroe Aceh Darussalam. Selain itu, yang juga terkenal di dunia ialah wayang kulit, yang menampilkan kisah-kisah mitologi.
Terdapat banyak jenis muzik Indonesia, baik tradisional mahupun moden. Muzik tradisional Indonesia termasuklah keroncong Jawa dikenal oleh semua rakyat Indonesia dan sampai ke luar negara. Banyak alat-alat muzik tradisional Indonesia yang terkenal di dunia, misalnya Angklung yang berasal dari Jawa Barat. Ada juga muzik popular di Indonesia yang dikenali sebagai dangdut.
Dangdut merupakan gabungan muzik Melayu, India, dan muzik tradisional lain Indonesia. Muzik ini dipanggil "dangdut" kerana muziknya bergema dengan bunyi 'dang' dan 'dut' serta kerana muzik dangdut lebih dikuasai oleh bunyi gendang dan seruling. Lagu-lagu dangdut biasanya didendangkan oleh pedangdut dengan goyangannya yang seronok dan lemah gemalai sesuai dengan kecepatan lagu. Ada pelbagai macam corak muzik dangdut, antaranya: Dangdut Melayu, Dangdut Moden (dangdut masa kini yang alat muzik telah ditambah dengan alat muzik moden), Dangdut Pesisir (lagu dangdut bercampur muzik tradisional Jawa, Sunda), dan lain-lain. Pada tahun 70-an, dangdut lebih dikenali sebagai genre muzik orkestra Melayu, dan semakin menjadi popular mulai daripada dekad 80-an. Muzik dangdut juga digemari oleh orang-orang Jepun dengan pedangdut-pedangdut seperti Camelia Malik dan Elvy Sukaesih dijemput menyanyi dangdut di Jepun.

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.

5 ARTIKEL POPULER

About Me

Followers

Recent Post

Reader Community

Teman

  • Mr Darmians
  • Mr Darmians2
  • indra Yuda tama
  • Nurul rizka RAmadhan
  • denny angga fani
  • Daud azhary
  • Predi Seven Agus Leo
  • Alex Sudirman
  • Adhes Ardianti
  • Novrina Yanti
  • Rika Agustina
  • Siti Kartina
  • Try Arnado
  • Abdul Azis
  • Pandu Kusuma Putra/li>
  • Linawati
  • Rolita Syirli Mutia/li>
  • Septiana
  • Aci Soefi
  • Sinta Tamora
  • Lasri Aprilya
  • href=http://development-ofinformationechnology.blogspot.com>Dianivana
  • Desi Natalia
  • Desi Natalia
  • Desi Natalia
  • Search